comscore
Tumpuan :
Jenayah

Pesara rugi lebih RM600,000 terpedaya pelaburan tak wujud 

JOHOR BAHRU: Seorang pesara wanita yang pada mulanya ditawarkan bantuan mengeluarkan hasil pelaburan Forex, kerugian lebih RM600,000 apabila terjebak pula dengan pelaburan Crypto yang tidak wujud.

Wanita berusia 56 tahun yang pernah melabur dalam Forex pada tahun 2020 itu menerima emel daripada pihak menamakan diri mereka Sekuriti Syarikat Cyprus pada Februari kononnya mahu membantu mengeluarkan wang pelaburan Forex itu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar, berkata suspek mendakwa boleh membantu mangsa mendapatkan semula wang pelaburan Forex itu.

“Namun mangsa perlu membuat beberapa transaksi bayaran untuk tujuan itu. Selepas itu, mangsa ditawarkan untuk masuk pelaburan Crypto dan dijanjikan menerima keuntungan antara 35 peratus hingga 50 peratus setiap bulan, berdasarkan jumlah wang yang dilaburkan.

“Tertarik dengan pelaburan yang ditawarkan, mangsa membuat 28 transaksi pembayaran ke dalam tujuh akaun berbeza berjumlah RM619,390.80, pada 19 Februari hingga 7 Mei lalu,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan.

Menurut statistik dari Januari hingga semalam, 255 kes pelaburan tidak wujud dilaporkan membabitkan kerugian sebanyak RM 21.24 juta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini