comscore
Tumpuan :
Jenayah

PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat

Foto hiasan

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok yang dianggarkan bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.

Komander PGA SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata rampasan dilakukan di Kampung Cherang Melintang dan Kampung Pak Keral, di sini.

Operasi dijalankan oleh sepasukan anggota Batalion 9 pada pukul 12 tengah malam dan 1 pagi, dengan berjaya menahan sebuah kenderaan mencurigakan yang dipandu seorang lelaki dalam misi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Suspek yang menyedari kehadiran polis melarikan diri, meninggalkan kenderaannya di tepi jalan. Pemeriksaan ke atas pacuan empat roda jenis Mitsubishi tersebut menemukan ratusan batang rokok putih tidak bercukai,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata kedua-dua suspek disyaki berperanan sebagai “transporter” untuk menyeludup rokok ke pasaran tempatan dan semua barangan rampasan serta kenderaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini