comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis buru dua lelaki ragut rantai pekerja kedai serbaneka

Tangkap layar video tular mengenai dua individu yang meragut rantai seorang pekerja kedai serbaneka di Jenjarom, semalam.

KUALA LANGAT: Polis memburu dua individu yang meragut rantai seorang pekerja kedai serbaneka di Jenjarom, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata terdahulu polis mengesan satu hantaran yang dimuat naik pengguna akaun aplikasi TikTok memaparkan video kejadian itu hari ini.

Katanya, ia juga susulan satu laporan polis yang diterima daripada seorang wanita berusia 51 tahun pada jam 12.24 tengah hari semalam.

“Pengadu memaklumkan dua lelaki memakai topi keledar warna hitam dan berbaju warna merah masuk ke dalam kedai. Salah seorang daripada suspek menarik rantai leher miliknya sehingga dia terjatuh ke lantai,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Sufian berkata polis membuka kertas siasatan bagi menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini