comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Kedah Lakukan 10,221 Tangkapan Penagih dan Pengedar Dadah Sepanjang Tahun ini

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan 10,221 penagih dan pengedar dadah bermula Januari lalu, melibatkan 9,185 kes.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 1,981 kes melibatkan 2,500 tangkapan adalah pengedar dadah.

“Seramai 797 orang ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952, 509 orang di bawah Seksyen 39A (2) dan 1,194 orang di bawah Seksyen 39A(1). Tangkapan melibatkan penagih dadah adalah sebanyak 7,204 kes dan 7,721 tangkapan. ”

“Bagi mencegah aktiviti pengedaran dan penagihan dadah, sejumlah 111 orang pengedar dadah telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 dan 326 orang telah di tuduh di bawah seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.” katanya.

Tambah Datuk Wan Hassan, rampasan dadah terbesar adalah dadah jenis syabu sebanyak 252.1 kilogram diikuti dadah jenis ganja sebanyak 236.8 kilogram dan ketiga dadah jenis candu sebanyak 10.4 kilogram serta rampasan daun ketum sebanyak 21,000 kilogram. Keseluruhan rampasan dadah bemilai RM 11 juta.

Beberapa operasi diadakan, antaranya Op Tapis Khas 6.0 yang menumpukan kawasan sarang penagih dadah dan kawasan Hotspot.

Hasil operasi, telah berjaya menangkap seramai 329 orang bagi pelbagai kesalahan dadah iaitu seramai 18 orang ditangkap di bawah Seksyen 39B ADB 1952, 20 orang di bawah Seksyen 39A (2), 12 Orang di bawah Seksyen 39A (1), 53 orang di bawah Seksyen 12(2), 9 orang di bawah Seksyen 30(3) ADB 1952 dan 217 orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah katanya, telah merampas dadah jenis Heroin anggaran berat 1,311.89 gram, Ganja anggaran berat 1,045.20 gram, Syabu anggaran berat 55.71 gram, Ketamin anggaran berat 254.20 gram, Pil erimin 5 anggaran berat 335.50 gram, Pil Yaba anggaran berat 3.40 gram serta rampasan 277.80 liter Air ketum. Kesemua tangkapan berusia antara 14 tahun hingga 70 tahun.

 

Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah yang turut dibantu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Pasukan Polis Marin (PPM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menjalankan Ops Cantas Khas di Projek Perumahan Rakyat Paya Nahu, Sungai Petani.

Operasi itu telah berjaya menangkap seramai 43 orang bagi pelbagai kesalahan dadah dan jenayah.

“Seramai 1 orang ditangkap di bawah Seksyen 39A (1), 3 orang di bawah Seksyen 12(2), 3 orang di bawah Seksyen 6, 1 orang di bawah Seksyen 30(3) ADB 1952 dan 28 orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Rampasan dadah jenis Heroin anggaran berat 2.6 gram, Ganja anggaran berat 2.72 gram, Syabu anggaran berat 2.31 gram serta rampasan 200 mililiter Air ketum dan 200 mililiter ubat batuk.”

 

 

Dalam Ops Cantas Khas yang dilaksanakan di sekitar kawasan Kuala Kedah, Alor Setar yang juga melibatkan pelbagai jabatan.

 

 

“Operasi tersebut telah berjaya menangkap seramai 89 orang bagi pelbagai kesalahan dadah dan jenayah. Seramai 1 orang ditangkap di bawah Seksyen 39A (2), 2 orang ditangkap di bawah Seksyen 30(3) ADB 1952 dan 72 orang ditangkap di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. Rampasan dadah jenis Heroin anggaran berat 6.68 gram serta 6 liter Air ketum.” katanya.

 

 

 

 

 

Loading...
Terkini