KUALA LUMPUR: Tiga individu termasuk seorang wanita dikesan bagi membantu perbicaraan kes di mahkamah.
Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, individu dikesan adalah Wong Chen Hong, 38, dan S Uma Devi, 47, yang diperlukan bagi membantu perbicaraan kes bunuh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua individu terbabit supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurul Syuhada Soberi di talian 010-3923376 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.
Sementara itu, seorang lagi individu dikesan adalah Amir Kamal Mostafa Farid dengan alamat terakhir di BSP 21, Sepang, Selangor.
Lelaki warga Mesir itu diperlukan bagi membantu perbicaraan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Tinggi Jenayah 2 Kuala Lumpur, pada 9 November ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu terbabit diminta menyalurkannya dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairul Izwan Zainal Abidin di talian 017-6243870 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Brickfields di talian 03-22979222 sambungan 9223 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999.