comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Kota Setar tahan 367 samseng jalanan

ALOR SETAR: Sekumpulan penunggang motosikal menyambut Tahun Baharu 2023 dengan melakukan pelbagai aksi berbahaya di Jalan Pegawai di sini sebelum mereka dikepung pasukan polis yang kemudian menahan 367 individu dalam Op Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata 342 motosikal dan kereta ditahan dalam gerakan dilancarkan Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Beliau berkata, intipan dilakukan hampir satu jam di lokasi bermula jam 2.30 pagi tadi, mendapati kumpulan remaja bermotosikal mula memenuhi kiri dan kanan Jalan Pegawai, melakukan pelbagai aksi untuk menduga kelajuan dan menunggang secara berbahaya.

“Polis mula melakukan kepungan tepat jam 3.30 pagi. Ada yang cuba meloloskan diri, namun gagal apabila semua laluan keluar dari lokasi ditutup rapi oleh pasukan operasi,” katanya.

“Daripada jumlah itu sebanyak 254 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 22 motosikal lain disita untuk tindakan lanjut. Operasi berakhir sekitar jam 8 pagi tadi,”katanya.

Katanya, pasukan operasi membabitkan kekuatan seramai empat pegawai kanan dan 60 anggota, termasuk anggota bantuan dari lain-lain bahagian dan balai di bawah pentadbiran IPD Kota Setar. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini