comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Melaka siasat kes khianat bendera parti

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Polis Melaka membuka satu kertas siasatan berkaitan jenayah khianat, mencabut dan mencampak bendera parti lawan pada hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di sini, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat berhubung perbuatan itu.

“Pada masa sama sehingga semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Melaka telah meluluskan sebanyak 46 aktiviti ceramah kempen.

“Ia bermula dari hari penamaan calon pada 5 November sehingga semalam oleh semua parti bertanding,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mana-mana parti bertanding dinasihat untuk mengemukakan permohonan permit ceramah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan masing-masing.

“PDRM akan membantu memudahkan urusan permohonan permit ceramah, namun ia
perlulah mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya.

Loading...
Terkini