comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Rujuk TPR Kes Dua Beradik Mati

POLIS mengangkat mayat dua beradik yang maut dalam pertengkaran 18 Ogos lalu. – FOTO : NSTP

IPOH : Siasatan kes bunuh dan bunuh diri membabitkan dua beradik di sebuah rumah di Jalan Mohamad Naseh, di sini, Khamis lalu selesai dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata, bedah siasat ke atas mayat kedua-duanya juga sudah diperoleh, manakala punca kejadian dikenal pasti akibat ketidakpuasan hati berkaitan harta pusaka.

“Ya (kes selesai) dan kena rujuk TPR (untuk tindakan lanjut),” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Azizi dilapor berkata, hasil bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan tikaman di bahagian muka dan leher mangsa berusia 67 tahun yang membawa kepada kematiannya.

Sementara itu, katanya, punca kematian suspek yang berusia 70 tahun disebabkan tekanan di bahagian leher.

Beliau turut memaklumkan pertengkaran yang membawa kepada kematian dua beradik itu tidak membabitkan ahli keluarga lain.-Harian Metro

Loading...
Terkini