comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis sahkan insiden pergaduhan anggota tentera

Foto hiasan

KUANTAN: Polis mengesahkan insiden pergaduhan membabitkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh, minggu lalu.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kejadian pada 9 Mei itu, mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

“Pergaduhan dipercayai berpunca akibat salah faham antara mereka berdua, dan suspek berusia 36 tahun sudah direman selama tiga hari dan dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

Terdahulu tular gambar kecederaan seorang lelaki yang disyaki anggota tentera akibat dipukul dengan parang, dalam pergaduhan di sebuah kem.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana membuat bising.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini