
SEGAMAT: Polis menumpaskan sarang pengedaran dadah hasil operasi khas di sebuah ladang kelapa sawit dekat Jalan Minning, Chaah di Segamat pada 16 September, lalu.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan membabitkan seorang lelaki berusia 40an jam 6.30 petang disekitar kebun sawit berkenaan
“Suspek yang memandu sebuah kereta Toyota Corolla ditahan dan pemeriksaan dalam beg silang hitam dipakainya dipercayai menyimpan pelbagai jenis dadah.
“Pemeriksaan lanjut dalam beg silang menemui tiga paket lut sinar disyaki heroin (312.80 gram), satu plastik lut sinar disyaki methamphetamine (1.50 gram)dan satu plastik lut sinar disyaki kanabis (3.20 gram) dianggarkan bernilai RM9,710,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Hasil soal siasat terhadap suspek, beliau berkata, suspek menjadi ‘tokan’ kecilan disekitar kebun sawit kerana ingin menyamar seolah pekebun sawit bagi mengaburi pihak berkuasa selain beranggapan mudah melarikan diri jika dikesan.
“Suspek dipercayai menjadi tokan dadah dipercayai dibekalkan kepada pihak ketiga menyamar seolah pemilik kebun sawit ingin memungut hasil sawit tanpa disyaki,” katanya.
Beliau berkata, modus operandi itu bertujuan mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan kebun sawit ‘port’ pengedaran bahan terlarang.
“Siasatan mendapati suspek warga tempatan sudah terbabit dalam aktiviti pengedaran sejak beberapa bulan lalu memilih lokasi di sekitar kebun sawit di Chaah.
“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine selain sembilan rekod lampau berkaitan dadah,” katanya.
Menerusi tangkapan itu, polis turut menyita kereta Toyota Corolla dianggarkan bernilai RM5,000, wang tunai RM1,290, dadah RM9,710 dengan nilai keseluruhan RM16,000.
Suspek warga tempatan direman 14 hari bermula 17 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.