comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat dakwaan wanita kena cabul di pasar raya

Tangkap layar wanita dicabul lelaki tidak dikenali di sebuah pasar raya.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita mendakwa dicabul lelaki tidak dikenali di sebuah pasar raya di Selayang, di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, warga tempatan berusia 30-an susulan kejadian Selasa lalu itu.

“Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan yang dipercayai berlaku di sebuah premis di Selayang. Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tular di media sosial.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini