comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis siasat video tular ‘Elmo’ belasah lelaki hingga cedera

Tangkap layar video tular menunjukkan individu memakai kostum watak Elmo menumbuk seorang lelaki.-Foto: NSTP

MELAKA: Polis sedang mengenal pasti satu video tular memaparkan individu memakai kostum watak ‘Elmo’ memukul seorang lelaki hingga cedera di siar kaki di sebuah pusat beli belah di Banda Hilir.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan setakat ini tiada mana-mana pihak tampil membuat laporan kejadian itu.

“Setakat ini tiada laporan polis. Kita nak semak sama ada video baru atau lama. Kalau baru kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil,” katanya ringkas menerusi WhatsApp.

Berdasarkan rakaman berdurasi 34 saat itu individu memakai kostum terbabit dilihat menumbuk muka seorang lelaki yang sedang duduk bersandar pada dinding pusat beli belah berkenaan hingga cedera.

Si pelaku turut kedengaran menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa yang tidak bertindak balas dan terus beredar.

Kejadian itu dipercayai dirakam orang awam sebelum disebar di media sosial hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini