comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Polis tahan 135 kaki judi bola sepak Piala Dunia

FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Polis Selangor menahan 135 kaki judi bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op SOGA di seluruh Selangor, bermula 19 November hingga semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata penahanan membabitkan 128 warga tempatan dan tujuh warga asing dijalankan dalam 119 serbuan.

 

Katanya, suspek terdiri daripada 132 lelaki dan tiga perempuan daripada pelbagai peringkat umur.

“Selain tangkapan, polis merampas pelbagai barangan termasuk enam komputer, tiga laptop, 193 telefon bimbit dan wang tunai lebih RM264,000.

“Setakat ini, seramai 29 dituduh di mahkamah, 87 kertas siasatan masih disiasat dan tiga diklasifikasikan sebagai tiada tindakan selanjutnya (NFA).

“Modus operandi mereka adalah bergerak secara individu dengan pertaruhan dilakukan secara elektronik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, hari ini.

Arjunaidi berkata, polis juga percaya sindiket itu membabitkan luar negara, terutama ‘bookie’ yang menawarkan pertaruhan yang tinggi.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui pertaruhan paling tinggi dilakukan dalam kaki judi bola sepak Piala Dunia ini,” katanya. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini