comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan 49 individu tumpaskan sindiket scam antarabangsa

KUALA LUMPUR: 49 individu termasuk 2 warga tempatan ditahan dalam satu serbuan di sebuah premis pejabat di Jalan bukit Bintang 6 Februari lalu.

Pengarah Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata individu yang ditahan merupakan dalang sindiket penipuan pelaburan atas talian yang menyasarkan warga Eropah.

Berdasarkan siasatan awal beliau memaklumkan, sindiket terbabit terlibat dengan penipuan pelaburan forex yang menyasarkan rakyat Perancis, Ukraine, United Kingdom dan Switzerland.

“Hasil serbuan, seramai 49 individu iaitu 31 lelaki dan 18 wanita berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 41 tahun telah ditahan.

“Turut dirampas adalah 47 set komputer, 49 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 6 unit laptop dan 2 unit televisyen,” katanya dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Katanya kumpulan ini akan menghantar pesanan ringkas secara rawak melalui aplikasi Telegram dan website RIACAPITAL yang mengandungi pautan iklan pelaburan dalam talian.

Pesanan berkenaan akan dihantar kepada rakyat sasaran mereka menggunakan aplikasi Zopier dan pautan CRM.

Jelas beliau, setelah mangsa menyatakan minat dengan tawaran pelaburan, mangsa akan diajar untuk melabur dalam skim tersebut.

Tambahnya, dua individu warga Malaysia yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah reman terhadap mereka tamat pada 10 Februari lalu.

“Seorang OKT perempuan warga asing telah dibebaskan dengan jaminan polis pada 8 Februari 2024 kerana mengandung.

“Manakala lain-lain OKT direman di bawah Akta Imigresen 1959/63 masing masings ehingga 23 februari dan 24 Februari depan,” katanya.

Pecahan kewarganegaraan bagi individu yang ditahan adalah seperti berikut;

i. 2 lelaki warga Malaysia
ii. 1 perempuan warga Armenia
iii. 1 lelaki warga Senegal
iv. 4 lelaki dan 4 perempuan warga Algeria
v. 1 lelaki dan 2 perempuan warga Morocco
vi. 1 lelaki dan 2 perempuan warga Mauritius
vii. 9 lelaki dan 2 perempuan warga Guinea
viii. 4 lelaki wagra Togo
ix. 1 lelaki dan 1 perempuan warga Cemroon
xi. 1 perempuan warga Djibouti
xii. 1 perempuan warga Madagascar
xiii. 1 lelaki dan 1 perempuan warga Tunisia
xiv. 3 lelaki warga Ivory Coast
xv. 1 lelaki warga Chad
xvi. 1 lelaki dan 1 perempuan warga Tunisia
xvii. 3 lelaki dan 1 perempuan warga Ukraine

Loading...
Terkini