Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan suspek kes rogol remaja tingkatan 3

Foto hiasan

SUBANG JAYA: Lelaki yang disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di kediamannya hujung tahun lalu, sudah ditahan polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditahan di Kulai, Johor pada 12 tengah malam.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Permohonan reman diperolehi selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 22 Januari depan.

“(Suspek dan mangsa dipercayai) berkenalan melalui sosial media. Hasil siasatan akan dimaklumkan selepas siasatan lengkap (dijalankan),” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, remaja perempuan mengandung 10 minggu selepas dirogol kenalan lelakinya di kediaman suspek hujung tahun lalu.

Wan Azlan dilaporkan berkata, polis menerima laporan polis dibuat doktor yang merawat mangsa dan hasil siasatan pihaknya mendapati, mangsa berkenalan dengan suspek berusia 20-an sejak November lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini