comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tahan tiga lelaki paksa pemandu Perodua Axia keluar dari keretanya

Foto hiasan

BUTTERWORTH: Padah tunjuk samseng, tiga lelaki ditahan polis susulan video tular mereka memaksa seorang pemandu kereta Perodua Axia keluar dari kenderaan yang sedang dipandunya.

Ini menyebabkan ramai yang beranggapan insiden itu satu rompakan berkumpulan.

Kejadian berlaku pada pagi Rabu lalu di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner ACP Mohd Asri Shafie berkata, ketiga-tiga mereka umur antara 27 hingga 49 tahun ditangkap di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar.

Tambahnya, siasatan awal mendapati emak mangsa usia 57 tahun membuat pinjaman berjumlah RM100,000 pada tahun 2020.

Berdasarkan surat perjanjian yang ditandatangani wanita itu, dia bersetuju menyerahkan keretanya seperti yang terpapar dalam video itu jika dia gagal membayar hutangnya.

Menurut ACP Mohd Asri lagi, lelaki yang dipaksa keluar dari kereta seperti yang terpapar dalam video tular itu adalah anak kepada wanita terbabit.

Ketiga-tiga suspek dikatakan diupah peminjam terbabit bagi merampas kereta itu.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 395 Kanun Jenayah kerana merompak.

Loading...
Terkini