comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Tahan Wanita Anjur Konsert Palsu

Foto hiasan

Petaling Jaya : Polis tmenahan seorang wanita berhubung kes penipuan konsert yang kononnya akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang artis berhubung konsert palsu itu.

“Suspek telah menawarkan penjualan tiket konsert berharga di antara RM199 sehingga RM649.

“Pengadu telah menafikan ada ditawarkan atau menandatangani sebarang kontrak untuk menyertai konsert tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Melalui poster yang tular, konsert palsu itu kononnya bakal berlangsung di sebuah hotel di Kota Kinabalu pada 4 Febuari depan yang akan menampilkan Awie, Erra Fazira, Ahmad Dhani dan Ziana Zain.

Sementara itu Awie dalam hantaran Instagramnya berkata tindakan wanita terbabit merupakan percubaan untuk menipu bagi mendapatkan keuntungan mudah.

“Tak tahulah sudah berapa ramai orang yang kena tipu bagi dia duit beli tiket,” kata Awie.

Suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menipu.

Polis meminta orang ramai yang telah membeli tiket konsert agar tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan – BULETIN TV3.

Loading...
Terkini