comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis terima 5 laporan kes liwat babitkan pemimpin sayap pemuda parti politik

Foto hiasan

MERSING: Polis menerima lima laporan berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki yang dipercayai pemimpin sayap pemuda sebuah parti politik di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, setakat ini pihaknya menerima laporan polis membabitkan enam mangsa.

“Selepas dua laporan polis dibuat dua mangsa seperti yang dimaklumkan semalam, kita menerima tiga lagi laporan dibuat empat individu sehingga semalam.

“Ini menjadikan keseluruhan laporan polis diterima adalah lima membabitkan enam mangsa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan pendakwaan dijangka dibuat pada esok di Mahkamah Kota Tinggi.

Semalam, dilaporkan suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu ditahan reman hingga esok.

Ia setelah pihaknya menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular satu laporan menyatakan seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dengan kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Difahamkan, mangsa mendakwa pernah diliwat suspek sejak antara 2017 hingga Februari lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini