comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis tumpas geng samun jalanan

Foto hiasan

SUBANG JAYA: Sasar mangsa warga asing untuk lakukan jenayah samun jalanan, itu taktik empat lelaki yang melakukan kegiatan itu di daerah ini sebelum ditahan polis dalam serbuan berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita warga Myanmar berusia 20 tahun jam 10 pagi kelmarin selepas disamun suspek ketika berjalan kaki pulang ke rumah di Bukit Puchong, di sini.

Menurutnya, mangsa didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal sebelum salah seorang mereka turun dan menarik beg silang mangsa.

“Semasa kejadian, pergelutan dan tarik menarik berlaku sebelum dia ditolak sehingga jatuh.

“Suspek mengambil beg silang mangsa dan melarikan diri sementara wanita terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan menyebabkan dia kerugian RM500 selepas kehilangan dokumen perjalanan, kad bank, wang tunai, telefon bimbit dan kunci rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata, susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Subang Jayamembuat lima serbuan berasingan di sekitar kawasan Subang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya semalam.

“Pihak polis berjaya menahan empat lelaki berusia 20-an serta merampasan dua motosikal dan sembilan unit telefon bimbit termasuk telefon bimbit milik pengadu di dalam kes ini.

“Hasil daripada tangkapan dan rampasan ini, pihak polis berjaya menyelesaikan enam kes samun jalanan di mana modus operandi adalah melakukan samun jalanan terhadap warganegara asing di tepi jalan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman lima hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini