Tumpuan :
Jenayah

Polis tumpaskan Geng Kamal Bigo

Raub menunjukkan tiga lelaki Geng Kamal Bigo yang tumpas dalam empat siri serbuan di lokasi berasingan sekitar Bandar Penawar dan Johor Bahru. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Polis berjaa menumpaskan sindiket curi motosikal dan lori dikenali Geng Kamal Bigo, dengan tertangkapnya tiga lelaki tempatan dalam Op Lejang Khas, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, penahanan semua suspek berikutan laporan kehilangan motosikal di parkir berhampiran Jalan Lingkaran Dalam di sini, sehari sebelum itu.

Pada 23 Januari lalu, polis membuat empat siri serbuan di lokasi berasingan sekitar Bandar Penawar, Kota Tinggi dan bandar raya ini.

“Dalam serbuan itu, tiga lelaki berumur 32 hingga 41 tahun ditahan.

“Turut dirampas sebuah motosikal Honda 150R dan lori yang menggunakan nombor pendaftaran palsu yang masih dilaporkan hilang, motosikal Yamaha FZ 150i juga masih dilaporkan hilang, kunci dan baju.

“Modus operandi suspek adalah mencuri motosikal dan lori di sekitar bandar raya ini, dan menjual semula kepada pihak ketiga dengan harga rendah.

“Soal siasat sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan suspek dalam kes lain,” katanya dalam sidang media semalam.

Semakan mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau kes berkaitan jenayah dan dadah serta positif dadah jenis amphetamine.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini