comscore
Tumpuan :
Jenayah

Polis Tumpaskan Kegiatan Pelacuran Sekitar Segamat

Ahmad Zamry (tengah) menunjukkan gambar warga asing yang ditahan dalam Ops Noda sebuah hotel bajet sekitar bandar Segamat. 

SEGAMAT: Lima lelaki warga asing bersama 11 pelacur tempatan ditahan dalam Op Noda oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sebuah hotel di Jalan Mentol, petang semalam.

Operasi jam 4.30 petang diketuai Ketua Balai Polis Segamat Inspektor Hanafi Ghazali selepas melakukan risikan selama beberapa hari di sekitar Segamat.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk mendapatkan khidmat pelacur terbabit serendah RM30 selain mensasarkan warga asing sebagai pelanggan.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, dalam operasi itu pihaknya turut merampas buku catatan urus niaga, kamera litar tertutup (CCTV), kondom belum digunakan selain wang tunai berjumlah RM1,508.

“Pelanggan terdiri daripada lelaki, Bangladesh dan India berusia antara 23 hingga 34 tahun turut ditahan dalam serbuan itu bagi semakan dokumen, “katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ng Swie Chait.

Katanya, semua yang ditahan direman empat hari hingga 27 Oktober ini mengikut Seksyen 372 A dan 372B Kanun Keseksaan bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ahmad Zamry meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti tidak bermoral seperti pelacuran untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Segamat di talian 07-9312222. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini