comscore
Tumpuan :
Jenayah

PRU-15: Polis tahan lelaki bakar khemah bilik gerakan MIC

Foto hiasan

Oleh Zahir Senapiah

BATU PAHAT: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana dipercayai melakukan perbuatan khianat membakar khemah bilik gerakan pilihan raya MIC, di Taman Mutiara, malam semalam.

Suspek berumur 28 tahun itu ditahan jam 10.37 malam disyaki dalam keadaan mabuk selepas polis menerima satu laporan tentang kejadian itu.

Suspek dibawa ke Mahkamah Batu Pahat pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.

Jurucakap polis, Superintanden Ibrahim Mat Som berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda.

Loading...
Terkini