comscore
Tumpuan :
Jenayah

PRU-15: Tak puas hati upah pasang bendera

Foto hiasan

BERA: Kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bertukar kecoh apabila dua individu bergaduh gara-gara tidak puas hati dengan upah memasang bendera parti.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kejadian berlaku pada jam 1.30 tengah hari apabila berlaku pertengkaran antara dua individu di dalam bilik mesyuarat parti itu di Triang.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku berpunca pemasangan bendera parti di mana pemasang bendera diugut oleh seorang lagi lelaki.

“Suspek mengugut ingin pulang ke rumahnya mengambil parang selepas tidak berpuas hati dengan mangsa. Bimbang dengan keselamatan diri mangsa tampil membuat laporan polis semalam,” katanya.

Beliau berkata, susulan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini