Tumpuan :
Jenayah

Pusat hiburan guna lesen palsu

JOHOR BAHRU: 32 premis hiburan di sini bermula Januari sehingga Oktober lepas didapati beroperasi tanpa lesen.

Bukan sahaja tidak memilik lesen, malah ada juga premis yang dikesan memalsukan lesen.

Susulan itu satu Op Bersepadu dijalankan bagi mengesan premis yang beroperasi tanpa lesen di sekitar bandar ini.

Hasil operasi berjaya menyita tiga buah premis yang dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen sah daripada pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Turut ditahan lima wanita pelayan pelanggan (GRO) warga Vietnam berusia 18 hingga 32 tahun dan penjaga premis warga Myanmar.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohad Noorazam Datuk Osman berkata, menjadi satu masalah besar sekiranya premis hiburan tidak mempunyai lesen.

“Kelab malam atau pub yang tidak ada lesen adalah satu masalah besar apabila beroperasi di luar zon dan menyalah guna lesen.

“Kebanyakan yang dikenakan tindakan adalah premis yang menggunakan lesen restoran tetapi buka ‘pub’,” katanya.

Tonton laporan khas ‘Pusat Hiburan Guna Lesen Palsu’ dan pelbagai rangkuman kes sepanjang minggu dalam program 999 malam ini di TV3.

Program 999 bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam dan strim sekarang melalui Tonton!

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini