comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rakan kongsi guna gelaran ‘Datuk’ palsu diburu

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat melakukan penipuan tawaran perniagaan rakan kongsi tidak wujud.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali dalam satu kenyataan memaklumkan suspek Mohamad Jaylani Sheikh Mohamad, 44 beralamat terakhir di No 39, Taman Citra, di sini.

“Suspek dipercayai terlibat dengan penipuan yang dianggarkan mencecah nilai RM1 juta ringgit dan hasil siasatan mendapati individu terbabit menggunakan gelaran ‘Datuk’ palsu.”

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan.

Masyarakat dialu-alukan untuk memberikan sebarang makiumat kepada pihak Polis melalui hotline IPD Kota Setar 04-7326999,” katanya.

Orang ramai juga boleh menghubungi Inspektor Mohamad Zakuan (Insp Risikan/Operasi BSJK IPD Kota Setar} -012-9428575 atau Inspektor Saltul Supia (Insp Risikan/Operasi JSJK IPK Kedah) – 017-9743153.

Kes ini disiasat dl bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini