
KUALA LUMPUR: Sejumlah 131 kes penipuan pelaburan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh 23 hingga 29 Oktober lalu dengan nilai kerugian RM9,784,774.95.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, angka kes dan kerugian ini lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.
Pada 16 hingga 22 Oktober lalu kes direkodkan sebanyak 166 kes membabitkan kerugian RM33,738,583.41.
Menurutnya, daripada 131 kes yang dicatatkan, 120 kes membabitkan pelaburan yang dilakukan secara dalam talian, 10 kes membabitkan pelaburan secara bersemuka dan satu kes berkaitan pusat panggilan penipuan pelaburan.
“Berdasarkan statistik ini, dapat dilihat 91.6 peratus kes penipuan pelaburan adalah membabitkan pelaburan secara dalam talian, yang sebahagian besarnya adalah bermula daripada media sosial.