
JOHOR BAHRU: Sebanyak 222 kotak arak tidak bercukai dirampas dalam serbuan sebuah premis di kawasan Taman Larkin Idaman di sini, kelmarin.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam lebih kurang jam 4 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD JBS.
Katanya dalam serbuan itu, pemeriksaan turut dilakukan keatas tiga lelaki termasuk seorang warga asing berumur 20 hingga 69 tahun.
“Pihak polis mendapati premis berkenaan dijadikan tempat penyimpanan dan transit untuk minuman keras tidak bercukai.
“Dalam serbuan itu polis merampas sebatang kunci disyaki kunci premis dan 222 kotak pelbagai jenis arak yang dianggarkan bernilai RM75,000,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat dibawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.