comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat direman 3 hari

JOHOR BAHRU: Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat direman tiga hari bermula hari ini kerana dipercayai menerima rasuah dan tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmadiana Mamat susulan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Foto hiasan

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 18 AKTA SPRM 2009.

Terdahulu, media melaporkan ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan kerana dipercayai menerima rasuah dan membuat tuntutan palsu berkaitan kes RM3.3 juta semalam.

Sumber SPRM berkata kedua-dua suspek lelaki usia 38 dan 35 itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 4 petang semalam bagi membantu siasatan.

Ia juga susulan siasatan atas beberapa aduan sekitar 2023, di mana suspek dikatakan telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

Suspek juga dilaporkan dipercayai terbabit dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program itu tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Penahanan ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air negeri dan seorang pemilik syarikat semalam itu menyusul selepas SPRM menahan dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air negeri ini kelmarin.

Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air itu dipercayai menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor, sebelum direman sehari dan dilepaskan atas jaminan SPRM, semalam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini