comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Ratusan warga asing di Klang ditahan

 

KLANG: Lebih 400 pendatang asing tanpa izin (PATII) ditahan dalam Op Khas Aman di sekitar Pekan Pelabuhan Klang, hari ini.

Operasi selama kira-kira dua jam itu diketuai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman jam 1.30 tengah hari tadi.

Ketika serbuan,  ada segelintir PATI cuba bersembunyi di atas bumbung, namun dikesan oleh dron PDRM.

Kira-kira lima lori membawa beberapa kumpulan Pasukan Gerakan Am (PGA) yang lengkap bersenjata turut mengepung kawasan itu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku

Warga asing terbabit turut didakwa menjalankan aktiviti pelacuran serendah RM50 membabitkan wanita berasal daripada negara jiran.

Difahamkan, warga asing terbabit menggunakan lorong belakang kedai bagi menjalankan aktiviti terkutuk itu.

Tinjauan awal wartawan Harian Metro mendapati antara PATI ditahan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh dan Nepal.

Dakwa penduduk,  kebanjiran warga asing di daerah ini berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini