comscore
Tumpuan :
Jenayah

Remaja dikurung, diliwat: Polis sahkan terima laporan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid

Oleh : Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang remaja lelaki yang mendakwa dikurung dan diliwat selepas diumpan dengan bantuan mencari pekerjaan oleh individu yang dikenali menerusi aplikasi dalam talian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

“Yang tu kita dah buka siasatan, tunggu kita dapatkan laporan berkaitan dan kesan suspek,” katanya.

Beliau mengulas laporan media mengenai remaja lelaki berusia 18 tahun itu yang ditawarkan bantuan mencari pekerjaan oleh seorang lelaki pada Julai lalu sebelum dibawa bermalam ke rumah suspek di Kampung Pandan.

Suspek dikatakan berjanji akan membawa mangsa ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan.

Laporan memetik sumber sebagai berkata, mangsa dikurung di rumah berkenaan selama 10 hari dan diliwat beberapa kali sepanjang tempoh berkenaan.

Katanya, mangsa yang trauma dan ketakutan hanya menceritakan kejadian itu kepada keluarganya baru-baru ini sebelum mereka membawanya membuat laporan polis, pada Isnin lalu.

Loading...
Terkini