comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rempuh Kenderaan JPJ Kerana Berang Kena Saman, Pemandu Ditahan

KENINGAU: Polis menahan pemandu jengkaut yang didakwa merempuh kenderaan jabatan penguat kuasa berikutan salah faham di Keningau.

Difahamkan kejadian yang tular di media sosial itu berlaku selepas pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada pemandu itu petang tadi.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim ketika dihubungi berkata pihaknya masih menyiasat perkara itu.

Video berdurasi 51 saat memaparkan tiga pegawai penguat kuasa cuba menenangkan pemandu.

Kejadian berlaku ketika pegawai JPJ membuat rondaan di Jalan Kepayan Magatang di Kampung Ambual, Keningau.

Pegawai yang bertugas mengesyaki sebuah jengkaut dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menahannya.

Hasil pemeriksaan mendapati pemandu jengkaut tidak memiliki lesen memandu kelas F.

Pemandu jengkaut itu tidak berpuas hati selepas saman dikeluarkan dan mengugut melanggar kenderaan dan anggota penguat kuasa JPJ namun kesemua mereka sempat menyelamatkan diri serta menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki itu bagaimanapun, terus merempuh jengkautnya ke arah kenderaan JPJ sehingga hampir terbalik.

Seorang penunggang motosikal dipercayai penduduk kampung berjaya masuk ke dalam jengkaut dan untuk menahan tindakan pemandu terbabit.

Loading...
Terkini