comscore
Tumpuan :
Jenayah

RM241,000 lesap sertai pelaburan tak wujud

 

Foto hiasan

KUALA KANGSAR: Seorang pesara kerani wanita di sini kerugian lebih RM241,000 selepas wang simpanan peribadinya lesap akibat diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan 8,000 peratus dari jumlah pelaburan.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun, berkata laporan polis diterima jam 10.48 pagi semalam daripada wanita berusia 67 tahun itu yang juga pesara kerani sekolah.

Menurutnya, mangsa melakukan 25 transaksi ke dalam 16 akaun berbeza bermula April 2024 hingga Jun lalu sebelum sedar diperdaya skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan di Facebook itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa berminat dengan dengan tawaran yang terlampau menarik melalui skim pelaburan terbabit memandangkan (konon) setiap kali mangsa melabur dijanjikan keuntungan 8,000 peratus dari jumlah pelaburan.

“Mangsa menyedari dirinya ditipu disebabkan tidak pernah menerima keuntungan yang dijanjikan sejak April 2024, dengan jumlah kerugian yang dialami olehnya ialah RM241,900.60 iaitu wang simpanan milik mangsa sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini