comscore
Tumpuan :
Jenayah

Samseng upahan along Singapura lakukan khianat di Klang

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Geng samseng ceti haram atau along Singapura yang mengganas di Seremban, Negeri Sembilan sebelum ini dikesan turut melakukan ancaman serta khianat terhadap mangsa di daerah Klang, Selangor.

Difahamkan samseng upahan along Singapura terbabit bertindak merosakkan dan membaling cat merah ke arah kediaman dua penghuni orang kurang upaya (OKU) di Taman Chi Liung, Klang.

Insiden dikatakan berpunca apabila ibu mangsa bernama Siew, 48, yang bekerja sebagai pekerja pembersihan tadika di Singapura terjebak dengan hutang along dan gagal melunaskan hutang itu.

Bagaimanapun wanita terbabit kini ditahan di Penjara Changi, Singapura sejak 7 September lalu kerana disyaki bersubahat dan membantu along mengutip wang daripada peminjam.

Goh yang tinggal bersama datuknya, Than berkata, ibunya bekerja di Singapura sejak 2018.”

Ibu bagaimanapun menghantar mesej memaklumkan meminjam wang berjumlah RM16,130 dari Along di republik berkenaan.

“Sejak itu, kami kerap diganggu oleh samseng along berbeza yang menuntut hutang ibu.

Malah pada 31 Oktober lalu, rumah kami dibaling ‘bom’ cat merah oleh samseng along,” katanya.

Menurutnya, tekanan diberikan samseng along itu amat menekan perasaannya ditambah dia menghisap epliepsi manakala datuknya bergerak dengan bantuan tongkat sejak diserang angin ahmar.

“Kami miskin dan kurang upaya. Ibu saya pula di dalam penjara.

Saya harap along tidak mengganggu kami,” katanya yang sudah membuat laporan polis di balai polis Klang Selatan.

Pada 26 Oktober lalu, sekumpulan samseng along mencurah petrol dan membakar sebuah rumah di Taman Seremban Tiga, Negeri Sembilan, hingga memusnahkan sebuah kereta Mercedes.

Sementara itu Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, tindakan sedemikian perlu dihentikan berikutan dua mangsa terbabit tiada kena mengena dengan hutang along terbabit.

“Kami akan meminta polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Chong berkata, pihaknya menerima 236 aduan mengenai pinjaman along berjumlah RM28 juta untuk tempoh 10 bulan pertama tahun ini. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini