comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sarang pelacuran wanita warga Afrika di Bukit Bintang diserbu

FOTO: PDRM

KUALA LUMPUR: Polis menahan 16 individu dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Bukit Bintang, di sini, semalam, yang dijadikan ‘sarang’ kegiatan pelacuran wanita dari Afrika.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan jam 8.30 malam itu hasil risikan kegiatan pelacuran di sekitar Bukit Bintang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, hasil serbuan itu, polis menahan seramai 16 wanita warga asing dari sebuah negara di Afrika berusia antara 21 hingga 40 tahun disyaki menawarkan khidmat seks serendah RM100.

“Di dalam serbuan ini juga, polis merampas 40 kondom, 10 tiub gel pelincir, tujuh gulung tisu, 14 telefon bimbit dan wang tunai RM800.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua individu yang ditahan akan direman bagi tujuan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kegiatan pelacuran itu membabitkan warga asing yang berselindung di sebalik hotel bajet yang disewa secara harian dengan harga RM110.

“Mereka akan mendapatkan pelanggan di tepi jalan dan seterusnya membawa ke bilik hotel.

“Mereka juga akan berpindah dari satu hotel ke hotel lain bagi mengelakkan ditahan,” katanya.

Justeru katanya, polis menyeru orang ramai untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini