comscore
Tumpuan :
Jenayah

Sekali tumbuk terus maut

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail.

PETALING JAYA: Gara-gara berselisih faham seorang lelaki maut selepas ditumbuk lelaki warga asing.

Kejadian berlaku ketika di sebuah pusat hiburan di Sea Park, di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata dalam kejadian 1 pagi itu, lelaki warga asing berusia 40-an terlanggar badan mangsa berusia 40-an sebelum berlaku pertengkaran.

Suspek mendakwa tidak puas hati selepas mangsa menendangnya menyebabkan dia terus melepaskan satu tumbukan.

Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati selepas mangsa ada menendangnya sedikit menyebabkan dia terus melepaskan satu tumbukan.

“Akibat tumbukan itu mangsa terus terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” kata Shahrulnizam.

Ia kemudian turut disahkan melalui proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Shahrulnizam, lelaki terbabit kini ditahan reman sehingga 29 Mac.

Turut ditahan, rakan mangsa kerana dikatakan turut terbabit dalam pergaduhan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini