comscore
Tumpuan :
Jenayah

Seludup diesel dalam lori buruk 

FOTO: NSTP

TUMPAT: Sorok petrol atau diesel dalam lori buruk sebelum diseludup ke Thailand.

Pengisian bahan bakar itu dibuat di beberapa stesen minyak sekitar Tumpat sebelum dibawa ke lokasi transit di Kampung Pak Keral untuk dikumpulkan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Azman Ismail berkata, terdahulu pihaknya bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga, Pengkalan Kubor mengekori kenderaan jenis Proton Gen2 dari arah Wakaf Bharu ke Tumpat pada jam 12.30 tengah hari semalam.

FOTO: NSTP

“Hasil risikan yang diperoleh, pemandunya sudah membuat pengisian berulang di beberapa stesen minyak sekitar kawasan sempadan.

“Semasa sedang mengekori, kereta itu berhenti di hadapan sebuah rumah di Kampung Pak Keral dan sedang berlaku aktiviti pemindahan tong disyaki mengandungi minyak diesel daripada kenderaan itu.

“Semasa serbuan dibuat, lelaki itu terkejut dan terus melarikan diri ke dalam semak berhampiran seterusnya gagal dikesan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

FOTO: NSTP

Azman berkata, pemeriksaan lanjut menemui kira-kira 100 liter minyak diesel dalam sejumlah tong di dalam kenderaan itu serta yang disorok dalam lori buruk.

Katanya lagi, bahan bakar itu dipercayai untuk dibawa ke mana-mana pangkalan haram sekitar Pengkalan Kubor untuk dibawa ke Thailand menerusi Sungai Golok.

“Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang kawalan serta kenderaan disita bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini