comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Seludup minyak masak bersubsidi dalam ‘tong kimia’

 

PENGKALAN CHEPA: Kegiatan licik seorang wanita warga emas yang mengisi semula minyak masak bersubsidi ke dalam tong berpelekat bahan kimia dipercayai untuk diseludup keluar, terbongkar.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata suspek yang berusia 65 tahun ditahan dalam op mencegah ketirisan barang kawalan di sebuah bengkel lori di Cherang Tuli, Padang Pak Amat, Pasir Puteh.

Lebih dua tan minyak masak peket bersubsidi dirampas bersama 240 kilogram gula.

Kegiatan ini terbongkar susulan kejadian kenderaan penyeludup yang dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun terbalik bersama 1,348 peket minyak masak di Pasir Mas pada Isnin lalu.

”Dia kata jual kepada pekedai goreng pisang keropok tak logik orang jual kecil-kecil nak beli dengan harga lebih mahal daripada harga yang kerajaan bagi dengan harga rm2.50, tak kan dia nak jual lebih daripada tu modus operandi dia lebih besar daripada tu mungkin dia hantar ke Thailand melalui jalan laut itu kemungkinan kita dalam proses siasatan,” katanya.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM46,454.

Berdasarkan keterangan awal, suspek mengaku aktif menjalankan kegiatan itu sejak tiga bulan lalu.

Loading...
Terkini