comscore
Tumpuan :
Jenayah

SERBUAN | Arak Tanpa Cukai Dirampas

Pasukan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas arak pelbagai jenama dianggarkan bernilai lebih RM140,000 termasuk cukai, Rabu lalu.

Serbuan melibatkan pasukan penguatkuasa dari stesen Bintulu dan Miri itu dilakukan di sebuah premis di Jalan Melayu, Centrepoint Commercial Centre, Miri, Sarawak.

Hasil pemeriksaan, pihak kastam menemui sejumlah 3,834.53 liter minuman keras dianggarkan nilai lebih RM29,000 yang dipercayai tidak dibayar cukai.

Dalam serbuan terbabit, dua lelaki turut ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam.

Loading...
Terkini