comscore
Tumpuan :
Jenayah

SINDIKET PENIPUAN SMS | Bekas Pegawai Telekomunikasi Direman

Seorang bekas pegawai telekomunikasi direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan sistem pesanan ringkas (SMS), susulan daripada penahanan reman 12 individu kerana disyaki terlibat dalam kes rasuah melibatkan sindiket yang sama.

Perintah reman sehingga 19 November depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan pagi tadi.

Ia menjadikan jumlah direman seramai 13 individu setakat ini.

Menurut sumber, suspek berumur 45 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 10.30 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Individu berkenaan adalah bekas pegawai syarikat telekomunikasi dipercayai telah memberi dan menerima wang rasuah untuk tujuan mendapatkan maklumat data peribadi pelanggan yang menggunakan pelan prabayar.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini