comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] SPRM giat jejaki aset dan wang jutaan ringgit sindiket penipuan antarabangsa

 

Oleh Ing Boon Seng

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM sedang giat menjejaki aset dan wang berjumlah jutaan Ringgit  hasil daripada kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa.

Usaha menjejaki aset dan wang berkenaan dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan badan-badan penguatkuasa antarabangsa termasuk Interpol, National Crime Agency (NCA-United Kingdom) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

FOTO: NSTP

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan sindiket penipuan antarabangsa itu telah berjaya dilumpuhkan hasil operasi besar-besaran menerusi Op Tropicana pada bulan lalu.

Usaha itu juga hasil tindakan susulan setelah empat dalang utama sindiket yang terdiri daripada warga asing  telah didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac dan di Mahkamah Butterworth semalam iaitu dalam tempoh tiga minggu selepas operasi dilancarkan.

Berhubung dakwaan bahawa lima bank utama sedang dipantau oleh SPRM berkaitan penglibatan dalam sindiket penipuan itu, siasatan lebih tertumpu kepada individu-individu terlibat dan bukan melibatkan institusi kewangan tersebut secara khusus.

Mereka adalah segelintir golongan profesional termasuk pegawai-pegawai bank, akauntan dan setiausaha syarikat yang bertindak membolehkan urusan sindiket tersebut beroperasi.

Sehubungan itu, SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan BNM dan agensi penguatkuasa lain untuk memerangi sindiket penipuan antarabangsa itu.

Loading...
Terkini