comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM: Pengurus Besar lembaga pertubuhan di Terengganu direman 7 hari

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus besar lembaga pertubuhan di Terengganu atas dakwaan menyalahgunakan jawatan dengan meluluskan tuntutan bayaran bagi pembelian pukat dan racun serangga yang mana beliau mempunyai kepentingan dalam urusan tersebut.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pagi tadi bagi mendapatkan perintah reman di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Yuhanis Mohd Roslan, mengeluarkan perintah reman ke atas suspek selama 7 hari bermula hari ini sehingga 22 Januari depan.

Suspek yang berusia 50an telah ditahan di pejabatnya di Terengganu semalam.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan siasatan menyeluruh akan dijalankan.

Loading...
Terkini