comscore
Tumpuan :
Jenayah

SPRM tahan reman pegawai eksekutif kanan disyaki terima rasuah RM500,000

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menahan reman seorang pegawai eksekutif kanan syarikat berkaitan kerajaan negeri kerana disyaki terlibat dengan amalan rasuah berjumlah RM500,000 bagi mendapatkan tender bernilai kira-kira RM70 juta.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 9 September 2023 telah dikeluarkan oleh Majistret Syarifah Fatimah Azura binti Wan Ali selepas pihak SPRM membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Kuching, pagi tadi.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 50-an dipercayai ditahan kira-kira jam 3.30 petang semalam dalam satu operasi khas di Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini