comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suami isteri ditahan, tendang penunggang motosikal 

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang bertindak samseng dengan mengganggu dan mengundang bahaya kepada penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang ditahan polis.

Penahanan kedua-dua suspek berusia lingkungan 50-an dan 30-an itu dibuat di sebuah premis di George Town, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, pihaknya mengesan suspek selepas melihat satu video tular kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

“Di dalam video yang dimuat naik di akaun Facebook itu memaparkan seorang penunggang motosikal lelaki sedang membonceng seorang wanita dalam keadaan berbahaya.

“Ketika itu suspek (pembonceng wanita) didapati membaling sesuatu objek dipercayai pasir dan cuba menendang pengguna motosikal yang ingin memotong motosikal (ditunggangi suaminya).

Tangkap layar kejadian memaparkan sepasang suami isteri yang mengundang bahaya dengan menganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang. – FOTO: NSTP

“Bertindak atas maklumat itu, polis kemudian menahan suspek lelaki berusia 50-an penunggang dan pembonceng wanita 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Helmi berkata  semakan yang dibuat mendapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah pada 2021 dan 2023.

“Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Pada masa sama, kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini untuk tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-538 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini