comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Sukarelawan disyaki cabul kehormatan direman


KEMAMAN: Seorang sukarelawan penguat kuasa syariah ditahan polis kerana disyaki mencabul kehormatan seorang wanita ketika rondaan cegah maksiat di pantai Teluk Mak Nik di Kemaman, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, suspek lelaki berusia 53 tahun itu, ditahan Jumaat lalu susulan laporan polis oleh mangsa.

Jelasnya ketika kejadian, wanita berusia 24 tahun berada dalam kereta bersama tunangnya pada jam 7.00 malam, sebelum dihampiri sukarelawan itu.

Suspek mengarahkan pasangan itu keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta dan mengugut membawa mereka ke pejabat agama daerah untuk diambil tindakan.

Pasangan mangsa diarah pulang berasingan dan suspek menghantar mangsa ke Taman Perwaja.

Mangsa didakwa dicabul di dalam kereta suspek, ketika dihantar pulang ke rumah.

Suspek direman selama empat hari sehingga esok untuk membantu siasatan.

Kes di siasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini