Tumpuan :
Jenayah

Suspek bunuh dua beranak depan lif didakwa esok

Mangsa bunuh Zulkifli Ibrahim, 62, (kiri) dan anaknya Siti Zulaila, 30. – FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dalam kejadian di hadapan lif di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini, Khamis lalu akan didakwa esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Lee Swee Sake berkata, lelaki berusia 32 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan didakwa di wad Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira jam 9 pagi.

“Susulan itu, polis berjaya melengkapkan siasatan kes bunuh berprofil tinggi ini dalam tempoh enam hari sahaja sehingga menghasilkan pertuduhan terhadap suspek bunuh berkenaan pada esok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan kejadian menimpa Siti Zulaila, 30, bersama bapanya, Zulkifli Ibrahim, 62, yang maut akibat ditikam seorang lelaki dalam kejadian di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini.

Insiden itu dipercayai berpunca akibat mangsa wanita dikatakan menolak cinta suspek.

Difahamkan, sekurang-kurangnya enam kesan tikaman dikesan pada mayat kedua-dua mangsa.

Suspek yang dirawat di HPP direman selama tujuh hari.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini