comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek bunuh ibu bapa diberkas ketika bersembunyi di terowong Penchala

 

Anggota keluarga mangsa kelihatan sedih ketika anggota polis mengeluarkan mayat pasangan warga emas yang dipercayai ditikam oleh anaknya sendiri di Kampung Sungai Penchala. -Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Lelaki yang disyaki menikam kedua ibu bapa kandungnya sehingga mati dalam kejadian di Kampung Sungai Penchala malam tadi, ditahan ketika bersembunyi di terowong Penchala di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint), di sini.

Dia diberkas jam 10.30 malam oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kira-kira dua jam 40 minit selepas melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, suspek melarikan diri ke hutan berhampiran selepas membunuh ibu bapanya berusia 72 dan 82 tahun.

“Polis menerima maklumat daripada orang awam berkenaan pergaduhan keluarga antara suspek dan ibu bapanya di sebuah rumah di Jalan Penchala Hilir 6, Kampung Sungai Penchala di sini, jam 7.43 malam.

“Akibat kejadian ini, sepasang suami isteri ditemui terbaring di atas lantai rumah dipercayai akibat ditikam,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Suspek mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Terdahulu, Buletin TV3 melaporkan, sepasang suami isteri ditemui maut dipercayai ditikam anak lelaki kandung dalam pergaduhan di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemui terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini