comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Suspek kes bunuh maut ditembak ketika menyerang polis

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Indonesia yang merupakan suspek kes pembunuhan kejam maut ditembak di sebuah flet di kawasan Bukit Subang, Shah Alam ketika  cuba menyerang anggota polis menggunakan parang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata kejadian berlaku ketika sepasukan anggota dari bahagian jenayah berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor melakukan serbuan ke tingkat lima flet terbabit kira-kira jam 5.30 petang.

Menerusi satu kenyataan, Datuk Hussien memaklumkan, serbuan dilakukan bagi menangkap suspek bersabit satu kes bunuh di Sungai Way di Petaling Jaya pada 29 Januari lalu.

Kes itu membabitkan mangsa seorang wanita Indonesia berumur 19 tahun yang dibunuh kejam dengan lapan kesan tikaman.

Mengulas lanjut, hasil siasatan mendapati semasa serbuan, suspek yang juga lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 20-an bertindak agresif menyerang anggota  polis menggunakan sebilah parang  di tempat kejadian.

Pihak polis terpaksa melepaskan satu das tembakan bagi mempertahankan diri menyebabkan suspek meninggal dunia di tempat kejadian.

Sebilah parang panjang berukuran 28 sentimeter turut dirampas dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini