comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes bunuh pengawal keselamatan dituduh esok

Seorang pengawal keselamatan akan dituduh di Mahkamah Kuala Selangor esok atas pertuduhan membunuh rakan sekerjanya.-Foto: NSTP

SABAK BERNAM: Suspek kes pembunuhan pengawal keselamatan yang mayatnya ditemui dalam but sebuah kereta di tepi Jalan Pasir, Taman Pertama, di sini, 16 September lalu akan didakwa, esok.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Robin Guha Thakurta berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu akan dituduh di Mahkamah Kuala Selangor pada 8.30 pagi.

“Sebelum ini, suspek direman kali pertama sehingga 24 September lalu dan reman dilanjutkan, serta berakhir 1 Oktober,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Polis sebelum ini menemui kereta Proton Saga BLM berwarna hitam yang diletakkan di tepi jalan, dengan pemeriksaan lanjut menemukan mayat lelaki berusia 43 tahun.

Mangsa juga dilapor bekerja di daerah ini dan siasatan lanjut mengesahkan kematiannya terdapat unsur jenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini