comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek kes samun dan rogol nenek direman tujuh hari

PUTRAJAYA: Suspek warga asing kes rogol dan samun nenek berusia 71, tahun di Cyberjaya ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, perintah reman bermula hari ini hingga 14 September dikeluarkan Mahkamah Sepang.

Katanya, perintah reman itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Suspek berusia lingkungan 25 tahun bekerja sebagai pembantu kedai itu didapati melakukan perbuatan itu di sebuah apartment di Cyberjaya,” katanya.

Media semalam melaporkan,seorang nenek disamun dan dirogol oleh seorang warga asing di bawah tangga apartment berkenaan.

Ketika kejadian warga emas yang tinggal bersama anaknya sedang menunggu lif di apartment berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira jam12.18 tengah hari semalam bersama beberapa barangan milik suspektermasuk telefon bimbit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini