comscore
Tumpuan :
Jenayah

Suspek lolos sekatan jalan raya terlibat kemalangan ditahan

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas kereta dipandunya dikejar polis sejauh 10 kilometer sebelum terbabas akibat melanggar tembok pembahagi jalan di Petaling Jaya, Selangor awal pagi tadi.

Suspek berusia 26 tahun berkenaan sebelum itu memecut kenderaannya ketika melalui sekatan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 3.48 pagi tadi.

Kereta dipandu suspek dikatakan enggan berhenti ketika melalui sekatan jalan raya di Persiaran Surian.

Sebuah kereta peronda polis kemudian mengejarnya sebelum kereta suspek terbabas di Lebuhraya Penchala Link.

Pemeriksaan pada kereta suspek telah menjumpai peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah pecah rumah.

Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis syabu.

Suspek direman 4 hari untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Loading...
Terkini